Followers

Jun 22, 2010

19.6.2010 Setahun Sudah Nenek Pergi

al-fatihah
19.6.2010

Tanpa aku sedar, rupanya sudah setahun nenek beredar. Bukan beredar sebarang tempat, tapi tempat itu pasti akan dikunjungi walau cepat walau lambat, tak pernah mengira darjat, tak pula mengira pangkat, kita takkan tahu jaraknya jauh mahupun dekat.

Tanpa aku sedar, setahun sudah nenek hidup di lain alam, yang tiada siang tiada malam, tak ku tahu nenek gembira ataupun suram, tak ku pasti nenek gundah ataupun tenteram.Moga baik-baik sahaja nenek di sana.

Rasa terkilan tidak mungkin luput di lubuk hati, ketika nenek disambut Rabbul Izzati, lidah terkelu hati seolah-olah mati, hanya tangisan yang berlinangan di pipi.

Yassin dibacakan tanpa suara ku, nenek dikapankan tanpa saksian ku, arwah disembayangkan tanpa dimakmumkan aku, jenazah dikebumikan tanpa pertolongan ku.

Sekadar Al-fatihah yang dapat aku titipkan, sebagai pengganti diriku dengan penuh keikhlasan, moga-moga nenek tergolong dalam kalangan orang yang berihsan...Moga tenteram nenek disana~

~kami tidak pernah lupakan nenek~

No comments: