Assalamualaikum,
Kem Ibadah ? Cuba lagi tahun depan ?
Entri kali ni aku nak ulas sedikit pasal Kem Ibadah yang diadakan tiap-tiap tahun bagi membentuk akhlak dan rohani pelajar form 1 yang hampir rosak. Sebelum itu aku mengucapkan syabas dan tahniah kepada Saudara Afif, Ngarox, Qucai, Iqbal dan form 4 yang lain kerana dapat menjayakan Kem Ibadah tahun ni.
kuat kerja kem komanden kita :)
Tapi, ada sedikit rasa kesal dan kecewa atas beberapa faktor yang menjejaskan kem pada tahun ini. Aku harap perkara ini takkan berulang lagi tahun depan.
Kem pada tahun ni tidak seperti tahun-tahun lepas sebab cikgu-cikgu masih perlukan waktu pnp untuk form 1 tetapi hanya dimaklumkan pada saat akhir. Kesannya, ada yang kata kem mula lepas rehat dan ada juga yang kata kem mula lepas sekolah. Jadi, timbullah masalah negara yang amat besar sebab naqib-naqib form 3 tak dapat hadir sebab keliru. Nak diluah mati mak, nak ditelan mati bapak takkan nak kemam pulak. Kisah selanjutnya perlu disensored maaf ya.
jejak si buta
Objektif beberapa aktiviti tidak tercapai. Itu yang buatkan aku kesal. Contohnya, jejak si buta, setahu aku aktiviti ni diadakan supaya kita mesti berpegang pada akidah islam walaupun bermacam-macam gangguan yang berlaku. Form 1 kena jalan diikat matanya dan ikut tali yang telah dipasang. Tapi lain pulak tahun ni. Form 1 berjalan berkumpulan dan dipandu oleh naqib masing-masing. Akibatnya, banyak main-main, tak rasa takut, siap boleh bual-bual dengan kawan banyak pulak aku membebel.
keluarga bahagia ada kelainan tahun ni
Masa aku form 1 lepas satu aktiviti pihak BADAR akan nyatakan apa objektif kita. Barulah timbul rasa insaf, sedar dan sebagainya kononnya. Tapi perkara tu lah yang tak dilakukan pada tahun ini. Tak tahulah akhlak dan rohani form 1 berubah ataupun tak.
Walaubagaimanapun, form 4 sudah berjaya mencipta rekod mendapat kebenaran ustaz-ustaz untuk aktiviti malam. Juga dapat juga habis kem ni dan masa yang suntuk dan gawat.
kumpulan juara ! usyalah naqibnya
Kita lupakan semua tu, sebabnya kem ni paling bermakna bagi aku sebab kumpulan yang aku bimbing berjaya dapat no 1. Tahniah dan terima kasih sebab pilih abang sebagai naqib yang gempak popular kepada Aziz, Muhaimin, Ashmann, Izat, Amirul Husni, Aiman dan lain-lain. Berguna jugak nasihat aku terutamanya yang ini.
' Abang nak korang usaha sendiri, bincang sendiri dan buat sendiri. Abang tolong tunjuk je dan yang abang nak tahu semuanya siap '
Memang kemenangan tu milik mereka sepenuhnya. Aku cuma pembimbing semata-mata humble la pulak.
p/s: Apa-apa pun kita cuba lagi tahun depan !
2 comments:
takde surau lama tak besst
kalau ada pun saya tak brani nak bawak depa pegi sana.haha
Post a Comment