Tadi aku pergi Pejabat JPN (J Pendaftaran) nak ambil IC aku . Hari tu IC rosak sebab kualiti dia tinggi sangat :P Sampai kat sana , pegawai semua buat muka tension je , apa ingat muka aku muka bawa bala ke ? And then aku pergi kaunter kaunter , dengan sopan santun aku pun cakap la aku nak ambil IC . Orang tu buat muka bodoh je lepas tu yang aku dengar dia cakap , "hurm" , "ouh" , "bak IC" , "nahh" . Masa aku nak balik dia cakap dengan suara nak marah dia ,
Jangan rosak lagi (!)Pergh , nasib baik aku baik + sabar (riak eh ?)
Ergh , masa aku datang nak buat IC darjah 6 pun macam tu jugak . Ada ke patut pegawai tu jerit kat budak tu ,
Mana mak bapak awak ! Mana boleh tak bawa mak bapak nak buat ICWhere is your manner ? Tertinggal kat rumah ?
Selalu aku tengok orang sebelah kaunter aku muka masam je sebab pegawai tak mesra alam sangat .
Beb , tahulah tension pon kerja . Tapi kan kalian semua sudah dibayar gaji + bukankah senyum itu sedekah ? (ayat skema jap)
So , PEGAWAI KERAJAAN , senyum sokmo ! (:
No comments:
Post a Comment