Followers

Mar 17, 2012

Nak Berubah ?

Assalamualaikum,


Sham Kamikaze. Guitarist, rockers guitarist. Cukup-cukup famous. Oh yeah, he was a guitarist. Sekarang alhamdulillah, dah berubah. Dia pernah pakai subang, rantai, gelang, pernah tinggal solat etc etc. Dia cakap dia CARI Tuhan, ketenangan. Satu hari dia pergi Masjid Alwi, KK singgah solat Asar. Fortunately, kebetulan ada Imam Besar Masjidil Haram masa tu and dia tak sempat nak datang dekat sebab banyak sangat yang kerumun. So, dia decided nak tunggu dekat depan kereta kot-kot la Imam tu akan lalu. After a few minutes, tiba-tiba Imam tu lalu depan dia and hulur tangan nak salam dengan dia. Lepas daripada tu, dia pun berniat untuk berhijrah and change to be a good muslim. Dia mula mendalami ilmu agama, rajin datang kuliah, bersihkan hati, cari ketenangan. As he said, hati manusia selalu berbolak balik, nafsu bagi orang yang baru berhijrah itu still ada. So, kena konsisten untuk berubah and bergaul dengan orang yang betul. Tinggi tendency untuk kita berubah fikiran kalau kawan-kawan kita masih kawan-kawan yang lalai.


Catriona Ross. Actress. Dulu pakai nauzubillah. Pernah lawan cakap mak dia, tak jaga solat, clubbing. After she met with an accident, horrible terrible accident, doctor said dia akan lumpuh seumur hidup and tak boleh pregnant seumur hidup. Amazingly, dia boleh berjalan lepas beberapa bulan dan masih dikurniakan zuriat. God Almighty. Dia dapat hidayah pakai tudung. And sekarang bergiat aktif berdakwah to others muslimah.


Wardina Safiyyah. From a religious family. Tapi she was a model. Hijabless dulu, clubbing and pernah lari dari rumah sebab mak dia tak bagi dia masuk contest model (Miss Malaysia kalau tak silap). Lepas dia sedar yang dia buat silap, dia terus berhijrah dan abdikan diri kepada Allah.


Aku pun ada sorang kawan, berubah to a better person. Daripada tak pernah pegang Al-Quran, solat ikut dan, aurat tak jaga, merokok kepada orang yang begitu berbeza dan mula pentingkan agama. Ada juga senior, sangatsangat berubah bila dapat ke oversea. Perkataan, dressing etc etc.

Ada jugak kawan (termasuk aku, act) yang kejap baik, kejap jahat. Kami ni puak hangat-hangat tahi ayam, ikut mood. Tak istiqamah. Senang terpengaruh. Bila dalam kelompok baik, baiklah. Bila dalam kelompok tak baik, tak baiklah.

Berubahlah. Jangan tunggu tua.

Berubah memang senang, tapi nak istiqamah is the hardest part. Aku bukan budak baik, banyak dosa. Solat tak jaga, mulut tak jaga. And aku selalu sangat berniat nak berubah, tapi tak pernah tahan lama. Sebab? Yes, orang sekeliling. So, based on cerita-cerita atas ni, the best way nak berubah :

1. Cari dan minta -hidayah takkan datang just like that, you need to ask for it.
2. Niat -niat nak berubah, a good start.
3. Konsisten -mental strength beb. tahan kena pressure
4. Bergaul dengan orang yang betul -bagi orang betulkan diri kita, baru tarik yang lain.

We are human being. Prone to mistakes. We always need His guidance. The key is never stop asking from the Lord, Allah.

Our Lord, let not our hearts deviate after You have guided us and grant us from Yourself mercy. Indeed, You are the Bestower.

Ya Tuhanku, janganlah Kau pesongkan hati ini setelah kau kurniakan hidayah kepada kami dan rahmat di sisi-Mu. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pemberi Kurnia.


Berubahlah, jangan tunggu tua :) *sekian sahaja ceramah saya :P

No comments: