Saya 17 tahun . Masih bersekolah , form 5 .
Pakai saya , duit mak ayah . Makan minum saya , duit mak ayah . Tinggal saya , mak ayah sedia . Oh ya , seluar dalam saya pun mak ayah beli .
Nak kata matang ? Well , bolehlah jugak . Tapi matang belum cukup masak . Pengalaman , boleh kira dengan jari je .
So , layak ke saya cakap pasal kahwin ? Perlu ke ?
Jujur kata , saya sedikit meluat baca status FB etc etc , cakapkan pasal kahwin (secara lebih-lebih) . Nak-nak , golongan yang terlebih hormon perasaannya (baca : menggedik) . Tak cukup matang kan ?
Ya , memang umur sebegini kita sudah dibenarkan berkahwin , tapi bukankah orang yang tidak mampu menyediakan nafkah zahir dan batin diharamkan berkahwin ?
Oh ya , saya hanya meluat tengok orang (sebaya) bercerita pasal pelamin , jadi mak mithali , berangan melebih-lebih and so on . Kalau bercerita pasal perasaan , couple boleh atau tidak dsb , itu bukan menggedik , itu point of view , bagi saya lah . Saya tak suka halang orang yang nak bahgia , tapi tolong la control , ini public .
Ok , puas sudah . Sorry , post kali ni terlampau matured . Well , matang-matangkanlah diri dulu , baru boleh cakap pasal kahwin .
Berangan cukuplah, tak perlu zahirkan , takut ada yang
muntah
7 Syawal
1 comment:
Haha.. so true..
Post a Comment