Followers

Mar 19, 2013

Doa

Assalamualaikum,


Berhubung isu keputusan SPM
Saya adalah penentang tegar bagi sesiapa yang berhujah tiada gunanya berdoa pada saat-saat akhir ketika ini. Tegar. Sangat tegar.

Antara perkara asas dalam kepercayaan kita (Islam), adalah dengan mempercayai Allah itu Maha Mengetahui. Pemahaman yang mudah, Allah mengetahui segala-galanya tanpa terkecuali apa-apa pun.

Antara perkara asas dalam amalan kita pula, ialah dengan beramal secara konsisten. Berdoa juga satu bentuk amalan.

Apabila digabungkan dua perkara asas ini, saya percaya, secara positif, doa yang konsisten diketahui oleh Allah sejak mula hamba-Nya berdoa kepada-Nya. Doa yang tidak konsisten juga diketahui oleh Allah sejak mula hamba-Nya berdoa kepada-Nya.

Saya pernah diajukan soalan oleh seorang kawan, bertanyakan kenapa di dunia ini ada orang yang baik ada orang yang jahat. Kenapa Tuhan tidak jadikan semuanya baik.

Saya tangguhkan soalannya ketika itu kerana baru sekarang saya jumpa jawapannya.


Maka dalam hidup ini kita hanya perlu memilih jalan. Tetapi, Allah tetap mengetahui jalan mana yang kita pilih. Kerana, Allah Maha Mengetahui.

Jika kita berdoa sebelum SPM, insyaAllah Allah makbulkan doa tersebut kerana Allah mengetahui jalan yang kita pilih ialah berdoa secara berterusan dengan penuh keyakinan. Allah Maha Mengetahui.

Jika kita berdoa sebelum SPM, mungkin juga Allah tidak makbulkan doa tersebut kerana Allah mengetahui jalan yang kita pilih ialah berhenti berdoa dan bergantung sepenuhnya kepada tuah dan nasib. Allah Maha Mengetahui.

Apabila cukup usaha kita, maka bertawakallah kepada Allah. Kerana tawakal itu juga satu doa yang baik buat usaha kita.

The greatest gift given to us
is the right to
CHOOSE

No comments: