Followers

Nov 21, 2010

Kisah KTMB

 
 stesen ktm segamat yang burok kuno pedalaman lawa kan?


 Stesen KTM Ipoh..british style

Bas,kereta api dan etc memang cukup-cukup sinonim bagi pelajar asrama terutamanya yang tinggal jauh termasuk aku. Tapi ramai prefer bas berbanding kereta api sebab kereta api lembab kononnya. Tapi aku ade beberapa sebab kenapa aku pilih kereta api ni. 

1- Bas Ipoh ke Segamat 7 jam.Sama macam train

2- Tiket train lagi murah dari bas. Well, bas RM40 kereta api RM35. Tapi aku dapat kad diskaun. Dapat harga tiket RM22. Memang super jimat !

Tapi berbalik pada tajuk entri ni. Banyak sebenarnya kisah yang berlaku sepanjang aku menggunakan perkhidmatan KTMB ni. Dapat jugak la aku tahu pasal pengangkutan Malaysia yang memang banyak masalah ni. Teruk ! Selain tu, aku pun dapat tengok budi-budi bahasa rakyat malaysia kita. Memang macam-macam kerenah ada. 


Kisah 1
-isu train delay-


Train delay macam benda kecik aje kat KTMB. Kalau train tak delay memang tak sah. Kadang-kadang delay sampai setengah jam. Paling teruk bila train sepatutnya sampai 11.30. Pukul 1 baru sampai. So, terpaksalah aku buat muka pengemis tak malu tidur duduk kat stesen tu. Ada la suara-suara sumbang 


' ish,anak sapa la ni '

atau
' baju macam budak s**r.##%^%&%@ '


redha je la.


Kisah 2
-train rosak-


Ni pun satu lagi problem ktmb. Pernah satu hari train berhenti hampir 1 jam sebab hujan. Aku pun tak tahu la kalau hujan kena berhenti. Sebelum tu ok je. Lepas tu,train jalan pun terhincut-hincut dan selalu je break tiba-tiba. Nasib baik aku tak mati terkejut. Hmm..ntah la. 

Lagi satu kes masa kat KL Sentral, kami terpaksa tukar koc sebab koc tu letrik tak ada. Terpaksa la berlari ke koc yang belakang sekali. Lepas tu, mak cik yang kat belakang aku tak habis-habis telefon sedara-sedara bagitahu train rosak. Dialog macam ni


' hush..td tolok lambat ceq.kena tukaq gerabok la.depa ckp letrik tak dok.air-cond dia pun rosok.keno la berlari lintang pukang amek gerabok hak belakaaang skali '

haha.kurang ajar kan aku?btw, sorry makcik saya curik dengar


Kisah 3
-about malaysian-


Pernah masa aku tunggu train kat Ipoh.Ada sorang nyonya ni bawak beg berat gila. Lepas tu dia naik escalator. Tup tup dia naik tu...boom ! jatuh. Habis berterabur sayur-sayur dengan beg dia. Aku pun sebagai rakyat yang peka dan prihatin berlari ke dia tolong angkatkan beg dia tu. Aku pun bawak la dia sekali ke dalam keretapi. Memang berat gila beg dia. Tu tak apa lagi. Yang sakit hatinya bila public yang ada kat situ buat slumber aje. Siap ada yang gelakkan nyonya tu tadi siap snap pic lagi. Apa punya budi bahasa dah deme ni


Ada lagi ni. Masa tengah beratur nak beli tiket ni, ada sorang mat saleh kat belakang aku. A few minute lepas tu, datang sorang aunty india dia main potong je que tu. Aku tak kesah sangat tapi mat saleh emo gila tahap babon. Gaduh punya gaduh, aku terdengar mat saleh tu cakap


' i've been travel to vietnam,thailand and even malaysia. All asian are rude ! No manner '


huh..terdiam terus aunty india tu.Dah tercemar lagi nama malaysia di mata dunia

Ni baru sikit pasal ktmb. Ada banyak lagi cerita yang tak sanggup aku nak listkan. Tapi kalau nak dibandingkan bas lagi teruk dari kereta api. Lagi-lagi kalau bas macam C***t ekspress. Manner? Tak payah cakap la. Driver tengking orang tua, baling-baling barang bla bla.

Apa-apa pun, aku da banyak terhutang budi dengan ktmb sebab sediakan train untuk aku. Lagi bagus la daripada tak ada. Jom kita naik ktmb ramai-ramai ! 


TRIMAS KTMB !

8 comments:

Ahmad Syukri Bin Ahmad said...

haha. bpew jam weyh SGMT-IPOH ?
aku pun naik train gak balik kluang~grrr. mcm ape je lau delay~

Uthman Ag said...

haha..biasenye 7jam
klu delay redo jelah..
btw,k0sk0la mne?

Ahmad Syukri Bin Ahmad said...

Sains Johor ,
lame gak dow 7jam.
Kalau bus?

Uthman Ag said...

Sj0h0r?
kwn aq sk0la sane..daniel fitri..dy dulu bdk star..krm slm kt dy eh :)

naik bas pon same gak 7jam..bas xbest a..train best lg

Ahmad Syukri Bin Ahmad said...

knal sgt si danial fitri , ktowg pgil die nyet . insya-allah .

oh , train malam eh ? ke pgi ?

Uthman Ag said...

kteorg pun paggil die nyet gak

train pagi,mlm tak ade

Latiff said...

ceh.. nk promote lak ktmb tu..
pe la os..

Uthman Ag said...

skali skale..xde masalah la :P