Followers

Dec 6, 2010

I Believe I Can Fly

Assalamualaikum,


fly ! jangan pikir lain lak

Beginilah gelagat kami lepas paper KH. Nampak beg terbang tu? Haha. Siap ada yang tergolek sekali. Pak Ya yang lalu kat situ senyum je tengok gelagat kami. Mungkin beliau pun faham agaknya perasaan kami. Haha.

Malam selepas PMR berlakulah dialog ni jangan percaya 100%

Mr. A : Kita nak buat apa malam ni? Takkan nak pegi kelas study                           
             lak.


Mr. X : Entah la. Aku pun tak tahu nak buat apa. Pergi dorm la dulu.


Mr. A : Ish, boring la. Awak tahu tak masa ni lah yang paling boring              
             pernah kite rasa macam ni. Tak tahu nak buat apa.


Mr. X : Haha. Aku pun macam tu jugak.


Believe it or not ? Boring sebab tak dapat study lagi ceh tipu sangat la tu. So, cikgu-cikgu sediakan program lepas PMR. Aku pun tak selalu join sebab sibuk dengan urusan lain agak poyo ayatnya


mlt jadi pangkalan utama


Perkara yang jadi kenangan lepas merdeka bagi aku ialah bau busuk hapak kepam Makmal Best. Macam sauna. Berwap sebab air-cond rosak. Yang tak boleh lupa siap ada kengkawan yang bukak baju semata-mata nak main dota. Kira bagus la tu sebab tak fly. Lepas tu, cikgu pun repair air-cond tu. Makin bertambahlah pengunjung setia mb ceh ayat


tak sempat nak lawan :(


Lepas merdeka juga ada tragedi. Tragedi? Ngeri tak bunyinya? Haha. Tragedi 2/11. Tragedi apa? Tragedi banjir utara negara. Kebetulan masa tu ada debat kat SMK Jitra. Kami datang selamat. Besoknya pula dapat berita banjir dan SMK Jitra tutup. Maka bermulalah konflik buruk yang meninggal kesan yang teramat dalam hati dah mula merepek la tu. Biarlah kisah selanjutnya rahsia


Yang aku tak boleh lupa juga bila aku terpaksa merempat macam pengemis. Kejap-kejap tidur kat White house, kejap-kejap kat Red. Pindah dorm la katakan. Form 3 tak dapat dorm sebab tak cukup dorm kelakar tak bunyinya? Redha je la.


fly to the sky jiwang la plak


Inilah sedikit sebanyak ragam kami lepas PMR. Lepas PMR lah kami boleh terbang setelah terkurung untuk study. Maksud aku bukan terbang dalam erti kata kasar. Tapi dalam erti kata bebas lu pikir la sendiri haha. Bak kata kawan aku


I believe I can fly !!!


p/s:Insyaallah 28hb ni, aku akan kembali balik ke Ipoh untuk ambil result. Berdebar-debar tuhan saja lah yang tahu.

3 comments:

IMANSHAH said...

zaman sekolah saat terindah..percayalah..ciptalah kenangan manismu di alma mater ini

IMANSHAH said...

salam, rasanya tadi salah g komen blog org lain

hehe

takdelah saya belum lagi bercinta,

Uthman Ag said...

cgu,

hehe.takpe la.i'allah nt jmp cinta.haha

mna tahu cinta berputik di tiger lane pulak..haha